Saturday 5 December 2015

roti sosej

Resepi Mudah Buat Bun Roti Lembut dan Gebu
Bahan-Bahan:
  • 500 g tepung roti @ tepung gandum @ tepung hight protien ( 4 cawan)
  • 1 biji telur
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar marjerin ( saya guna butter)
  • 1 sudu besar shortening ( saya tak letak, sebab takde di rumah)
  • 1 peket mauripan (11g)
  • Sedikit bijan / cheddar cheese / gula ( Tak letak juga)
Cara Buat Doh Roti Yang lembut dan Gebu
  • campurkan susu pekat manis,telur,yis dan tambah air, jadikan 300 ml semua sekali - ketepikan
  • Ambil sebiji kuning telur campurkan 1 sudu fresh milk/susu cair - bancuhan ini untuk di sapu atas bun sebelum di bakar, boleh tambah susu jika bancuhan nampak pekat
  • Dalam satu mangkuk besar masukkan tepung, susu tepung, gula, masukkan adunan 300ml air tadi dan gaul hingga sebati
  • Masukkan marjerin dan shortening, uli lagi hingga adunan lembut, licin serta elastik
  • Perapkan doh sehingga naik sekali ganda (perap lebih kurang 1 jam hingga 1 1/2jam) 
  • Bila adunan sudah naik, uli dan tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin.
  • Ambil sedikit dan buat doh kecil-kecil, timbang 50gm setiap satu doh kecil itu. susun dalam loyang yang telah di oles dengan sedikit marjerin (jangan susun rapat-rapat, jarakkan sikit, nanti doh kecil tadi akan membesar)
Petua Buat Roti Sosej Dan Pizza
  • Jika nak buat roti yang ada sosej atau cheese, boleh timbang berat doh dalam 30gm hingga 40gm (kalo nak besar lagi pun boleh, nanti roti tu jadi besar kebabom lar..hihihii ..)
  • Saya celur sekejap sosej sebelum digulung dengan doh bun tadi.
  • Setelah siap di bentuk, perap lagi 1/2 jam atau hingga doh besar sakali ganda, sapukan bancuhan kuning telur ke atas doh kecil tadi, taburkan sedikit bijan (boleh juga tabur gula atau cheddar cheese, tapi cheese tu tak yah banyak sangat, jadi pizza pulak nanti..keh keh keh..)
  • Bakar dalam oven dengan suhu 180c selama 20 minit atau hingga masak, dengan api atas bawah
  • setelah roti masak, keluarkan dari oven, sapu dengan sedikit marjerin/ butter untuk menggelakkan bun kita menjadi kering
  • Kaedah lain menggunakan Bread Maschine boleh set kan macam biasa untuk buat doh.
  • Jika mahu membuat pizza, boleh guna adunan yang sama tapi kurangkan kuantiti gulapizza, boleh guna adunan yang sama tapi kurangkan kuantiti gula
    Ini doh roti yang saya dah bentukkan saiz ikut suka.haha.
    Doh yang bulat tadi saya gulung panjang,
    dan belitkan dekat sosej
    Bun sosej yang sudah disapu telur kuning dan sedia nak masuk dalam oven
    Ini rupa doh yang baru masuk dalam oven

    cubaan kali pertama bun sosej saya terlebih masak sebab saya tambah tempoh membakar.huhu. 

    Sebenarnya dalam pada ikut resepi, ada jugak yang saya tak follow seratus peratus.Inilah akibatnya kalau tak mahu ikut resepi betul-betul.huhu.

    Time membakar bun sosej ni, saya dapati warnanya seperti masih putih dan sedikit kekuningan.Saya ingat oven saya yang lambat panas, so saya tambah masa lagi 10 minit.Hasilnya jadilah bun sosej saya macam dalam gambar.
    Rasanya memang dah sedap, gebunya pun dah ok..cuma ia jadi sedikit rangup sebab saya tambah masa membakar.
    Kalau ikut pengalaman kali pertama ni, apa yang saya belajar, kalau nak bun sosej yang comel supaya senang anak-anak nak ngap, sosej tu bolehlah bahagikan kepada dua bahagian.Kita pun tak payahlah dok gulung doh panjang-panjang semata-mata nak bagi doh dapat belit kat sosej secukupnya.

    Satu lagi sebelum masukkan bun sosej dalam oven, pastikan oven dah dipanaskan dengan suhu 150c dalam tempoh 15 minit.Selepas itu, barulah letak bun sosej ini dalam oven.InsyaAllah, bun akan masak dengan warna yang cantik, lembut dan gebu.

    Terima kasih sudi baca entri Bun sosej yang lembut dan gebu:) selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan pengalaman anda jika ikut resepi ini ya!


No comments:

Post a Comment