Sunday 6 December 2015

kek pisang in the house

Kek Pisang Lembut

Tekak ni bila tak berapa sihat, macam-macam dia nak makan..
Tiba-tiba teringin pulak nak makan kek pisang. Rasa macam lamanya dah tak buat kek pisang.
Pisang yang suami ita beli untuk anak-anak ada lagi berbaki.. diam-diam ita godek jugak sebiji kek pisang.. hihi

Kan tak sihat pergilah berehat..
Rasa macam tak boleh nak dok diam.. tekak ni mengidam macam-macam pulak.. Tapi bila dah buat bukannya makan sangat.. ambil bau pun jadilah..

Ita memang suka makan kek pisang. Baunya yang harum dan teksturnya yang lembut memang membuatkan ita tak pernah jemu menikmatinya..
Anak-anak tak berapa suka.. masing-masing menolak dengan alasan dah jemu hari-hari bau kek dekat rumah.. tak pe..lah biar mak habiskan..


Resepi kek pisang yang mudah di sediakan ini ita ambil dari dapur Sunah Sakura. Melihatkan keknya yang moist tu buatkan ita terpanggil aje nak mencuba. Kek pisang ni sedap.. lembut.. rasanya tak manis sangat walaupun menggunakan gula satu cawan. Cuma kalau kawan-kawan nak cuba ita cadangkan supaya loyang tu guna loyang besar sikit bersaiz 9 inc atau 10 inc. Sebab kalau guna 8 inci ambil masa lama sikit nak masak sebab keknya agak tinggi.
Ita tunggu kek ni masak berejam-jam hingga ita terlelap.. sekali mak aiii.. kelang kabut ita bila terbau kek yang dah mengaruk satu rumah.. mujur tak hangus cuma agak hitam sikit tapi teksturnya masih ok!

Menurut Sunah resepi ini dia ambil dari dapur Kak Kecik Shida dan dapur Ayu Citarasa Rinduan
kemudian di olah semula oleh sunah untuk mendapatkan resepi yang terbaik. Jom kita lihat bahan-bahan yang di perlukan dan bagaimana cara penyediaan kek pisang ni..


KEK PISANG LEMBUT
Olahan dari : Sunah Sakura


4 biji telur gred A
8 biji pisang emas ~ 7 biji dilecek dan sebiji di hiris nipis untuk hiasan
1 cawan gula kastor atau gula halus
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan buttercairkan atau minyak jagung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen pisang atau esen vanilla
sedikit garam
 
 
Mula-mula kita kena panaskan oven dahulu pada suhu 170C
Oven hendaklah di panaskan 15 minit sebelum memasukkan kek ke dalamnya
Campurkan tepung gandum bersama baking powder dan kemudian di ayak, ketepikan
Pisang di lecek lumat. Tinggal baki 1 biji untuk hiasan
Campurkan garam dan juga soda dalam pisang lecek dan gaul rata, ketepikan
Dalam bekas pemutar, putarkan telur bersama gula dan esen pisang hingga kembang
Kemudian tuangkan butter cair dan gaul rata


Tuangkan adunan pisang ke dalam adunan telur dan kaup balik rata
Kemudian masukkan tepung dan kaup balik adunan sempurna


Sediakan loyang ukuran 9 inc, alas loyang dengan kertas pembakar dan sapukan loyang dengan sedikit butter
Tuangkan adunan ke dalam loyang
Hiaskan atas adunan dengan kepingan pisang yang di hiris nipis
Bakar dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 45 minit atau sehingga kek telah masak dengan sempurna.
Cucuk tengah kek dengan lidi untuk pastikan kek telah masak. Jika lidi keluar kering maknya kek telah cukup masak, jika sebaliknya tambahkan lagi masa membakar.


Saturday 5 December 2015

cheesekut

                                       Assalamualaikum dan Selamat Pagi Dunia.....


 

Resepi Cheesekut Oreo Yang Mudah dan Sedap

Hai...atikah nak kongsi dengan semua resepi cheesekut oreo yang sangat mudah untuk disediakan dan tentulah sedap...hehehe...


 

Cheesekut Oreo Yang Mudah dan Sedap

Credit : atikahbakery.blogspot.com


 

Bahan-bahan Cheesekut Oreo

  • Cream cheese Philadelphia

  • 3/4 dari 1 tin susu pekat manis

  • 1 kotak susu Dutch Lady full cream

  • Biskut Oreo coklat

  • Biskut cracker 4 segi

Cara-cara Penyediaan Cheesekut Oreo

Campurkan cream cheese,3/4 susu pekat manis (kalau tak nak manis sangat guna 1/2 tin pun dah ok) dan 3 sudu besar Dutch Lady full cream ke dalam satu bekas. Pukul guna mixer ataupun boleh diblander sehingga sebati dan berkrim. Panaskan baki susu Dutch Lady tadi, tak perlu mendidih, suam-suam sahaja.


 

Sediakan bekas dan celupkan sekeping biskut dalam susu...bukan rendam ye celupkan sahaja. Kemudian susun dalam bekas, tuang adunan cheese, rata-ratakan dan taburkan biskut oreo yang telah dihancurkan (dibuang cream di dalamnya dan diblander). Sebenarnya biskut oreo ini boleh jugak ditukar dengan milo. ikut kesesuaian masing-masing. Ulang sehingga cheese dan biskut oreo habis dan bekas penuh . Okey dah siap...Akhir sekali masukkan ke dalam peti ais. Lebih afdal kalau semalaman kerana mudah untuk di potong..


 

Selamat Mencuba

pau gebu gebas

Resepi yang ingin dikongsi hari ini Pau kukus simple


Bahan-bahan:
  •     3 sudu minyak masak
  •     2 cawan tepung gandum
  •     2 sudu yis mauripan
  •     2 sudu susu pekat manis
  •     1 sudu gula
  •     1/2 cawan air suam
  •     sedikit garam

Cara-cara:

  1.  Masukkan yis, air suam dan gula  kedalam satu  bekas. Kacau dan biarkan 10 minit sehingga berbuih.Ketepikan.
  2. Gunakan bekas lain masukkan tepung gandum, susu pekat minyak masak dan sedikit garam. kacau seketika.
  3. Masukkan campuran yis tadi. Uli hingga menjadi doh, kemudian bentukkkan bulat.
  4. Biarkan hingga doh naik. Tutup dengan plastik.
  5. Leperkan doh, masukkan inti. Biarkan dia mengembang lagi.
  6. Kukus pau tersebut selama 10 minit. Siap

roti sosej

Resepi Mudah Buat Bun Roti Lembut dan Gebu
Bahan-Bahan:
  • 500 g tepung roti @ tepung gandum @ tepung hight protien ( 4 cawan)
  • 1 biji telur
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar marjerin ( saya guna butter)
  • 1 sudu besar shortening ( saya tak letak, sebab takde di rumah)
  • 1 peket mauripan (11g)
  • Sedikit bijan / cheddar cheese / gula ( Tak letak juga)
Cara Buat Doh Roti Yang lembut dan Gebu
  • campurkan susu pekat manis,telur,yis dan tambah air, jadikan 300 ml semua sekali - ketepikan
  • Ambil sebiji kuning telur campurkan 1 sudu fresh milk/susu cair - bancuhan ini untuk di sapu atas bun sebelum di bakar, boleh tambah susu jika bancuhan nampak pekat
  • Dalam satu mangkuk besar masukkan tepung, susu tepung, gula, masukkan adunan 300ml air tadi dan gaul hingga sebati
  • Masukkan marjerin dan shortening, uli lagi hingga adunan lembut, licin serta elastik
  • Perapkan doh sehingga naik sekali ganda (perap lebih kurang 1 jam hingga 1 1/2jam) 
  • Bila adunan sudah naik, uli dan tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin.
  • Ambil sedikit dan buat doh kecil-kecil, timbang 50gm setiap satu doh kecil itu. susun dalam loyang yang telah di oles dengan sedikit marjerin (jangan susun rapat-rapat, jarakkan sikit, nanti doh kecil tadi akan membesar)
Petua Buat Roti Sosej Dan Pizza
  • Jika nak buat roti yang ada sosej atau cheese, boleh timbang berat doh dalam 30gm hingga 40gm (kalo nak besar lagi pun boleh, nanti roti tu jadi besar kebabom lar..hihihii ..)
  • Saya celur sekejap sosej sebelum digulung dengan doh bun tadi.
  • Setelah siap di bentuk, perap lagi 1/2 jam atau hingga doh besar sakali ganda, sapukan bancuhan kuning telur ke atas doh kecil tadi, taburkan sedikit bijan (boleh juga tabur gula atau cheddar cheese, tapi cheese tu tak yah banyak sangat, jadi pizza pulak nanti..keh keh keh..)
  • Bakar dalam oven dengan suhu 180c selama 20 minit atau hingga masak, dengan api atas bawah
  • setelah roti masak, keluarkan dari oven, sapu dengan sedikit marjerin/ butter untuk menggelakkan bun kita menjadi kering
  • Kaedah lain menggunakan Bread Maschine boleh set kan macam biasa untuk buat doh.
  • Jika mahu membuat pizza, boleh guna adunan yang sama tapi kurangkan kuantiti gulapizza, boleh guna adunan yang sama tapi kurangkan kuantiti gula
    Ini doh roti yang saya dah bentukkan saiz ikut suka.haha.
    Doh yang bulat tadi saya gulung panjang,
    dan belitkan dekat sosej
    Bun sosej yang sudah disapu telur kuning dan sedia nak masuk dalam oven
    Ini rupa doh yang baru masuk dalam oven

    cubaan kali pertama bun sosej saya terlebih masak sebab saya tambah tempoh membakar.huhu. 

    Sebenarnya dalam pada ikut resepi, ada jugak yang saya tak follow seratus peratus.Inilah akibatnya kalau tak mahu ikut resepi betul-betul.huhu.

    Time membakar bun sosej ni, saya dapati warnanya seperti masih putih dan sedikit kekuningan.Saya ingat oven saya yang lambat panas, so saya tambah masa lagi 10 minit.Hasilnya jadilah bun sosej saya macam dalam gambar.
    Rasanya memang dah sedap, gebunya pun dah ok..cuma ia jadi sedikit rangup sebab saya tambah masa membakar.
    Kalau ikut pengalaman kali pertama ni, apa yang saya belajar, kalau nak bun sosej yang comel supaya senang anak-anak nak ngap, sosej tu bolehlah bahagikan kepada dua bahagian.Kita pun tak payahlah dok gulung doh panjang-panjang semata-mata nak bagi doh dapat belit kat sosej secukupnya.

    Satu lagi sebelum masukkan bun sosej dalam oven, pastikan oven dah dipanaskan dengan suhu 150c dalam tempoh 15 minit.Selepas itu, barulah letak bun sosej ini dalam oven.InsyaAllah, bun akan masak dengan warna yang cantik, lembut dan gebu.

    Terima kasih sudi baca entri Bun sosej yang lembut dan gebu:) selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan pengalaman anda jika ikut resepi ini ya!


kek pandan kastard

Cara2  
1. Pukul Bahan A pd kelajuan rendah selama 1 minit. Kemudian, pukul pd kelajuan tinggi selama 6 - 8 minit. 


Pukul Bahan A





Yg ni blom cukup kembang





Yang ni dh cukup kembang


2. Masukkn Bahan B & kaup-balikkn hgga sebati. Pastikan tiada marjerin yg mendap di dasar mangkuk. Maknanya semua marjerin betul2 sebati dalam adunan



Masukkn marjerin cair & kaup-balikkn





  


Adunan yg dh sebati
 



Masukkn dlm loyang & bakar


3. Tuang dlm loyang 8" yg telah dilapik ngn baking paper & digriskn ngn marjerin. Tepi loyang x perlu dilapik @ digriskn. Bakar pd suhu 160'C selama 35 - 40 minit. Suhu & masa membakar bergantung kepada oven masing-masing



Ni la rupa kek span akak.. x begitu cantik


Apabila kek dh masak, keluarkan dr oven & telangkupkan kek atas redai ngn loyang sekali ye. Biar selama lbh kurang 10 minit. Pastu bleh la terbalikkn semula. Biar kek sejuk sedikit baru keluarakn dr loyang

Sementara tunggu kek sejuk sepenuhnya, bleh la sediakan lapisan kastadnya.


Puding Kastad
Bahan2

  • 6 tbsp tepung kastad
  • 1 1/2 tsp serbuk agar-agar
  • 750ml santan @ susu cair - akak gabungkn kedua-duanya
  • 150gm gula pasir - bleh kurangkn sedikit lg sbb bg akak manis la
  • 2 tbsp mentega
  • 1 tsp pandan paste 
  • sedikit pewarna hijau

Klau nk lapisan puding kastad dia tebal drpd yang akak dh buat ni, bleh la double kn adunan puding ni


Cara2
1. Masukkn semua bahan2 dlm periuk & kacau sebati. Pastikan adunan x berketul-ketul. Klau dh berketul-ketul, bleh la tapiskn.



Masukkn bahan2 kastad dlm periuk & masak ngn api perlahan

2. Masak adunan ngn api perlahan hgga adunan masak sepenuhnya. Masa memasak tu, kena kacau selalu supaya x hangus kt bawah dia. Bila puding dh meletup2 kecik, maknanya dh masak la tu



bubble2 tu la yg akak maksudkn 'letupan2 kecik'

3. Biar puding agak sejuk sebelum digunakan

Cara Melapis 
1. Belah kek kepada 3 bahagian sama ada guna pisau bergerigi @ benang. Sebelum potong tu, akak masukkn kek kejap dlm fridge tuk memudahkan proses membelah kek. Saya guna alat ni (dipanggil Cake Leveler) ...boleh dibeli dikedai supply kek 









Letakkan kek atas kek board

2. Amik 1 bahagian kek & letakkn di atas cakeboard. Pastu, tuang puding kastad atas permukaan kek.



Tuangkn puding kastad & ratakan

3. Tindihkan lapisan puding ngn 1 bahagian kek lg. Ulang Langkah 2 hgga kek yg terakhir. Pastu, salut kek ngn baki puding kastad.



Tindihkan lapisan kek seterusnya





Salut kek sepenuhnya ngan puding kastad

4. Taburkn hawaian coconut pada keseluruhan kek. Pastu, bleh la masukkn kek dlm fridge & biar puding keras sepenuhnya. Bila dh btol2 sejuk & puding dh keras, baru la kek bleh dipotong ngn kemas



Taburkn hawaian coconut pd keseluruhan permukaan kek





Apabila dh sejuk, bleh la potong. 


Gunakan pisau bergerigi tuk mendapatkn hasil potongan yg kemas





Peminat kek span & puding kastad bleh mencuba resepi ni. Mana tau menjadi feveret korang.. 

NOTE : boleh la ditukarkan dengan perasa yang lain seperti keladi or jagung ...tp rsnya pandan version is the best ....will put my images on this one ....tungggggu >_<

Ok this is mine (uploaded 28/12/2014)






First time buat x berapa menjadi ..huhuhu ..xpe will try again InsyaAllah ...byk sgt kureng nya ..layered x melekat sgt, x kemas dll ...wait for my Corn Custard Layered plaks InsyaAllah ...





** - End Of Pandan Custard Layered Cake  -**

pelbagai jenis kek

kek cod kuala kangsar,Ipoh,taiping

kek

jom beli kek kastard gan saya

pelbagai jenis kek

jom beli produk makanan saya,insyallah sedap